KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN FACEBOOK

KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN FACEBOOK
KLIK gambar di atas untuk ke laman facebook rasmi

MEMBANTU MELAHIRKAN GENERASI PENCINTA AL-QURAN

Monday, 31 October 2016

SUDAH TINGGI KE ILMU AGAMA ANDA? TEKNIK KUMPUL WANG AKHIRAT BANYAK-BANYAK, kita tahu tetapi kita bertangguh buat

Assalamualaikum tuan dan puan.
ilmu agama mesti diperbaiki setiap masa, agar amalan yang kita lakukan berpeluang cerah untuk layak dijadikan bekalan hidup kita di akhirat sana.

lanjut umur BUKAN pengukur banyak amalan baik telah dilakukan, tetapi ukuran sebenar adalah amalan yang berpandukan kepada kefahaman ilmu agama.

BUKTINYA?
terdapat beza nilai "hadiah" yang diperolehi oleh 2 jenis golongan manusia untuk yang membaca Al-Quran
1) baca lancar dan fasih dan tepat tajwid. boleh dikategori "pakar"
-HADIAH UTAMA untuk mereka adalah duduk bersama dengan para nabi. pendek kata kelas VVIP

2) baca tetapi tergagap-gagap, sekadar boleh baca.
HADIAH untuk mereka adalah DUA PAHALA.

anda duduk di kumpulan mana ya? kalau sudah level VVIP, tahniah untuk anda!

Tetapi jika masih dalam kumpulan "lemah" bacaan Al-Quran, adakah anda layak setakat itu? sedangkan kita ni manusia adalah hamba Allah yang berstatus "KHALIFAH". sepatutnya anda CARI JALAN agar dapat menjadi GENG KELAS VVIP.

mungkin anda terlupa, duit dunia banyak nama, contoh RINGGIT MALAYSIA (RM). takde RM, susah nak makan.

BAYANGKAN duit akhirat namanya satu jer, PAHALA.akhirat kekal, duit mesti kena banyak perlu dibawa. dengan menjadi seorang yang mahir membaca al-quran, kita berpeluang cerah untuk membawa BANYAK-BANYAK PAHALA yang berkualiti.

PILIHAN DI TANGAN ANDA.. NAK DUIT RM SAHAJA atau NAK DUIT RM DAN PAHALA?
TEPUK DADA TANYA IMAN. sudah pasti RM dan PAHALA pilihan saya dan anda :)